Khamis, 2009 November 19

Bersama Kedua Adinda dan Bonda.. Rabu, 18 November 2009


Setelah lama tidak bermandi-manda di kolam renang yang biru airnya, akhirnya hari ini kita kembali ke Wild Wild Wet di Downtown East, Pasir Ris bersama bonda dan kedua adinda kita.Biarpun sebenarnya kita sedang sibuk dengan persiapan beberapa acara namun kita ambil sedikit masa hari ini untuk diluangkan bersama keluarga yang tersayang. Seperti biasa kita tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dimana-mana lokasi yang dirasakan sesuai, namun hujan lebat turun setelah 4 jam kami disana.






 Asyik bergambar..

 
 Adinda kita membuat aksi lompatan ke belakang..

 
Makan di KFC sebelum pulang..

Rabu, 2009 November 18

Malam ini... Selasa, 17 November 09

Aku khawatir melihat manusia memulakan hari dengan mengenang kedukaan
tanpa mencari penyelesaian dan mengharap petunjuk Allah...

Aku bimbang melihat anak-anak bangsaku tiada tahu akan ilmu dan iman
hingga mereka menjadi ibu bapa yang tiada pedoman..

Aku takut melihat anak-anak manusia semakin dibentuk menjadi jahil
disebabkan ibu bapa mereka mengasuh dengan nista dan caci..

Ya Allah, kurniakanlah kami petunjuk serta hidayahMu..

*******

Bila kau lihat tindakan serta pendirianmu sering dibantah
dikhalayak ramai yang cerdik pandai..
maka kajilah semula langkahmu itu
sandarkan pada ilmu dan iman
bukan dengan amarah yang merugikan..

 *******

Selasa, 2009 November 17

Dua Hari Lalu... 15 & 16 November 2009


Ahad, 15 November 2009... Kelab Masyarakat The Jelutung
 

Acara Kpak Bing Bing yang diadakan di Kelab Masyarakat The Jelutung telah menark perhatian ramai penonton untuk mendengarkan diskusi berkenaan alam perkahwinan yang diantaranya mengupas tentang komunikasi sesama pasangan serta kewangan keluarga.


Sebaik saja berkemas setelah acara Kpak Bing Bing tamat, kami bertiga pun bergegas ke Bugis untuk menonton wayang 2012. Sempat juga duduk bersembang di Starbucks berkenaan kehidupan serta kesibukan masing-masing.


Sudah acapkali kita menonton filem-filem yang menjurus pada kebinasaan dunia sejak beberapa tahun yang lalu. Namun bagaimanapun filem 2012 yang baru kita tonton ini tidak sedikit merubah gambaran yang sama pada filem-filem awal sebelumnya. Kemusnahan demi kemusnahan yang dipaparkan agak 'menghiburkan' minda yang ingin melihat sesuatu yang luarbiasa, namun secara menyeluruh filem ini tampak kosong dan kurang erti. Dipenghujung ceritanya, bahtera khas yang dicipta bagi golongan elit membunuh harapan penonton yang menyangka filem ini akan mengisahkan tentang hari kiamat. Walau bagaimanapun filem ini baik dijadikan peringatan buat kita semua bahawa kiamat itu sudah dekat namun kemusnahannya Allah saja yang tahu.

Isnin, 16 November 2009... Marina Square

Dalam keadaan membawa 'kurnia di kepala' sejak beberapa minggu yang lalu kita telah ke Marina Square bersama teman-teman untuk berbincang tentang acara kami hari jumaat ini. Alhamdulillah, kami mendapat pengiktirafan dari sebuah badan yang ternama untuk melibatkan Variasi di acara tahunan bermula tahun depan. Pelbagai perkara turut kami bincangkan demi membaik pulih keadaan yang sedikit kusut, syukur alhamdulillah semuanya positif dan tenang-tenang saja.


Kita dan Nizam.



Kita dan Aee.

Ahad, 2009 November 15

Gambar-gambar Tertinggal... 14 November 2009

Semakin hari semakin pantas masa berlalu, terisi dengan bermacam-macam rencana mengenali diri dan alam ciptaan Illahi. Seperti yang telah kita maklumkan sebelumnya tentang blog Sri Muda Creations yang baru kita wujudkan juga semakin hari perlu diberikan perhatian serta kerja-kerja tangan yang masih diusahakan dengan mengharap ilham kreatif dari maha pencipta. Alhamdulillah, banyak juga sokongan yang diterima dari orang-orang sekeliling kita ini. Barang diwasilkan Allah, mudah-mudahan dapatlah kita angkat perniagaan kecil kita ini k peringkat yang lebih baik lagi, amin ya robbal 'alamin.

Rencana demi rencana, pertemuan demi pertemuan dan acara demi acara sentiasa mengisi ruang masa kita setiap hari dan minggu. Insyallah nampaknya ada penglibatan serta keperluan untuk ke seberang tambak bagi urusan seni dan yang lain-lain, juga untukbertemu ayahanda di Kuala Lumpur.



Pagi tadi sekitar 3 pagi kita baru saja pulang dari Johor Baru bagi menyaksikan persembahan muzik 'Gendang Silat' yang dipersembahkan oleh teman-teman kita dari sebuah kumpulan gendang silat yang berpusat di Kuala Lumpur. Amat tertarik kita dengan muzik Gendang Silat dari Kedah hinggakan kita dengan teman-teman bersembang panjang dengan rakan-rakan pemain muzik itu hingga jam 1 pagi.

Memandangkan kita perlu segera bersiap untuk ke satu lagi acara pagi ini, maka kita tinggalkan tintarista pagi ini dengan gambar-gambar berikut.


Pemuzik Gendang Silat menunggu giliran untuk membuat persembahan yang diselang-selikan dengan persembahan dari murid-murid yang terlibat dengan camp motivasi.

 
Para pelajar yang bilang bangsa lengkap berpakaian tradisional bangsa masing-masing.


Abang 'Bro' salah seorang jurulatih di camp motivasi itu sedang menyampaikan ucapan yang bersemangat pada para pelajar.



Salah satu kumpulan pelajar yang mempersembahkan lakonan tentang perkahwinan antara dua bangsa.


Salah satu persembahan yang baik pada malam itu... Para pelajar menarikan tarian Zapin.

Selasa, 2009 November 10

SRI MUDA CREATIONS - Keluaran Buku Songket




Buat pengetahuan saudara-saudara semua kita telah mewujudkan sebuah lagi blog yang dikhaskan untuk mempamerkan kerja tangan kita yang berupa buku-buku Songket yang telah kita usahakan sejak tahun lalu. Sudilah kalian lawati blog kita itu di www.srimudacreations.blogspot.com. Sekian terima kasih.


Isnin, 2009 November 09

KITA MENYANYI LAGU BAKIT PA BUAT KALI KETIGA.. 9 November 2009



Lagu : Bakit Pa
Penyanyi Asal : Jessa Zaragoza
Penyanyi : Afi
Video : Qamarul Fitri
URL : http://www.youtube.com/watch?v=geuF5WL70v0


Sekali lagi kita mencuba untuk menyanyikan lagu 'Bakit Pa' yang bererti 'Mengapa' dalam bahasa Tagalog untuk dirakamkan buat tatapan rakan dan taulan kita di Tintarista ini. Semoga terhibur.


Pagi Ini.. Isnin, 9 November 2009


Bangkitku pagi ini dengan wajah-wajah mereka dimataku
lalu aku tepis pandangan itu dengan kalimah peringatan
mereka itu milik tuhan yang punya fitrah tersendiri
seperti aku juga..

Barangkali mereka itu bukan untuk dipilih
kerana jelasnya kedudukan kita berbeza
tak mungkin inginku bawa mereka bersama
damailah mereka dengan rencana sendiri
aku akan bergerak dari sini..

Pada yang masih mengharap
aku ingin katakan yang aku hargai semua itu
namun pergilah jauh andai masih jiwa tak terkawal
tak ingin aku layani lagi dengan jalan itu
aku punya rencanaku sendiri
selamat menjalani rencana
yang diamanahkan buatmu..